Coklat Truffle adalah dari jenis coklat konfeksioneri, secara tradisinya diadun dari coklat 'ganache' disaluti lapisan coklat diluar, gula icing, serbuk koko, atau kacang hancur (seperti kacang hazel, badam, atau kelapa), dan biasanya berbentuk bulat, kon, atau berbentuk melengkung.
Isi 'ganache' boleh juga mengandungi krim, coklat cair, karemel, kacang, badam, beri, atau manisan yang lain-lain seperti buah-buahan, 'nougat', 'fudge', 'toffee', 'mint', cip coklat, atau 'marshmallow'.
Coklat truflles dipercayai dicipta asalnya oleh N.Petruccelli di Chambery, Perancis pada Disember 1895.
Coklat ini mula terkenal dikalangan orang ramai dengan kejayaan kedai coklat Prestat di London oleh Antoine Dufour pada 1902, yang kini masih lagi menjual 'Napoleon Truffles III' yang menggunakan resipi asal.
Coklat Truffles sekarang terdiri dari 3 jenis utama iaitu ; American, European, dan Swiss coklat truffles.